PERMAINAN





HASILNYA :









Berikut adalah isipadu-isipadu air anggur yang telah di sukat dan di masukkan ke dalam botol air minuman.








CUBA BANDINGKAN
Cuba kamu bandingkan .
Yang manakah mempunyai kapasiti air yang lebih banyak Bekas botol mineral A atau Bekas botol mineral B.


Ya , Betul sangkaan kamu.
Bekas botol mineral A adalah yang mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding bekas botol mineral B.

AKTIVITI -AKTIVITI LAIN YANG BOLEH KAMU LAKUKAN.


AKTIVITI 1

GAME CARDS

Buat salinan Game Cards dan potong setiap satu.

Permainan ini adalah secara berpasangan.

Goncangkan kad-kad itu bahagikan sama banyak kepada setiap pasangan pelajar.

Dengan kiraan 3 iaitu Satu, Dua,Tiga. Buka satu kad secara serentak di atas meja.

Anggar dan bandingkan jumlah cecair yang tertulis pada
kad-kad itu.

Pelajar yang mempunyai kad yang bertulis jumlah cecair
yang lebih besar berpeluang menyimpan kad pasangannya.

Jika kad-kad itu menunjukkan jumlah cecair sama,sama-sama berpeluang menyimpan kad tersebut semula.

Bila semua kad-kad itu telah dibuka, pelajar akan mengira
bilangan kad yang diperolehi.

Pemenang adalah pelajar yang mempunyai kad yang paling
banyak.



AKTIVITI 2

ISI AIR DALAM BEKAS

Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan

Setiap kumpulan terdiri daripada empat pelajar.

Lantik seorang pelajar dalam kumpulan sebagai perakam.

Agihkan setiap kumpulan satu set peralatan yang berbeza -beza seperti cawan, gelas, sudu dan mangkuk.

Agihkan setiap kumpulan satu silinder penyukat 1000 ml / 1 liter.

Dalam kiraan 1,2,3 murid diminta mengisi setiap bekas silinder penyukat tersebut dengan menggunakan peralatan yang ada.

Tempoh masa yang diberikan adalah 30 saat.

Minta pelajar-pelajar itu menganggar silinder penyukat masing-masing.

Jumlah isipadu silinder penyukat yang paling banyak dikira sebagai pemenang.