AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN –MURID LEMAH
Kemahiran: Mengukur dan Membandingkan Isipadu Cecair
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair
dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dengan betul.
Bahan Bantu Mengajar :
Bekas yang pelbagai bentuk dan saiz, sebaldi air.
Langkah-langkah :
1. Set Induksi - Dengan menggunakan kad gambar bekas-bekas yang boleh diisi air,
guru menyoal murid menamakan bekas-bekas berkenaan
2 Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
3. Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
4. Setiap kumpulan akan merekodkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi air
dalam setiap bekas dalam borang yang diedarkan.
5. Murid juga dibimbing membuat anggaran seperti separuh penuh, penuh dan kosong.
Jadual 1:Mengukur isipadu cecair dengan unit bukan piawai
Bekas | Bilangan cawan yang diperlukan |
Botol Air mineral | 3 |
Mangkuk | 2 |
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN –MURID CERDAS
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit
piawai dengan betul.
Bahan bantu Mengajar :
Bekas berbeza saiz, sebaldi air, selinder penyukat, lembaran kerja
Langkah-langkah :
1. Set induksi – murid diperkenalkan alat-alat penyukat isipadu yang mempunyai
senggatan. Dan alat yang boleh di baca dengan tepat.
2.. Bahagikan murid kepada empat kumpulan di mana setiap kumpulan disertai murid
yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan pencapaian yang rendah supaya mereka
dapat menjalankan kerja secara pembelajaran koperatif.
3. Lantik seorang pencatat dari setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
4. Beri setiap kumpulan 4 set bekas yang berbeza saiz, dan satu selidner penyukat unit.
5. Setiap kumpulan mengisi setiap bekas berkenaan dengan air.
6. Mereka kemudiannya mengukur isipadu air dari bekas berkenaan dengan silinder.
7. Ahli setiap kumpulan merekodkan keputusan
8. Sambil itu guru memperkenalkan kepada murid unit ukuran isipadu cecair , liter (l )